Ahad, 31 Ogos 2014

SAMBUTAN KEMERDEKAAN

KETUA Umno Cawangan sendiri turun menyertai perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke 57.


Seterusnya >>

MESYUARAT PERWAKILAN BAHAGIAN RASAH

Selesai sudah mesyuarat Perwakilan Bahagian Rasah yang telah diadakan di Politeknik Nilai pada 30hb Ogos, 2014. Mesyuarat dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Naib Presiden UMNO Malaysia merangkap Menteri Pertahanan. Pengerusi tetap En. Mhd Sohaimi Hj. Abd Laitf memaklumkan jumlah kehadiran perwakilan ialah seramai 348 orang berbanding jumlah perwakilan pada tahun berjumlah 421.

Pemenang G7 pada kali ini terdiri daripada :

  1. IBRAHIM BIN ALWI
  2. ABDUL GHANI BIN MANSOOR
  3. HAMZAH BIN MOHD NOR
  4. MOHD ZIN BIN SIRON
  5. MOHD SHAM BIN IDRIS
  6. AZIZAH BTE A. KARIM
  7. IRWAN BIN MOHD SUHID
Tahniah kepada Cikgu Ghani kerana memenangi pemilihan ke G7.

Perwakilan yang menang ke G7

Antara AJK Bahagian yang menghadiri mesyuarat

YB Dato' Seri Hishamudin (Tengah)
Seterusnya >>

MAJLIS RUMAH TERBUKA ANJURAN BERSAMA : UMNO CAWANGAN RPSF2, PERSATUAN PENDUDUK RPSF2, COMBI, BADAN KEBAJIKAN RPSF2 DAN SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH


My Image

My Image


My Image

My Image


My Image

My Image


My Image

My Image


My Image

My Image


My Image

My Image


My Image



My Image

My Image

Ketua Umno Cawangan RPSF2 telah menyarankan dalam mesyuarat antara NGO-NGO terbabit untuk turut sekali meraikan sambutan bulan kemerdekaan bersama dengan jamuan hari raya aidil fitri. Kesemua pengerusi-pengerusi NGO terbabit pada dasarnya tiada masalah dan telah bersetuju.

Pada majlis itu En. David mewakili Dato' Hj. Hasim Rusdi menyampaikan jalur gemilang kepada pengerusi-pengerusi NGO yang terbabit yang terdiri dari pengerusi surau Infitah Al-Khairiah (En. Tajol Ariffin Hasan), pengerusi COMBI (Pn. Norjan Ismail), pengerusi Persatuan Penduduk (En. Abdul Ghani Mansor) dan Pengerusi Pewita (Pn. Raja Dewi Sulong) manakala jalur gemilang untuk ketua Umno Cawangan diberikan kepada En. Abdul Ghani Mansor yang juga merangkap pengerusi Badan Kebajikan RPSF2.

Antara tetamu VIP yang kekesempatan hadir pada malam itu ialah YB Dato' Hj. Hasim Rusdi (Ketua Umno Bahagian Rasah) yang hadir meskipun lewat dari jadual kerana YB Dato' terbabit dalam mesyuarat khas, En. David (Pengerusi Gerakan Negeri Sembilan), pegawai COMBI dan beberapa orang ketua cawangan.

Untuk memaknakan lagi pengertian bulan kemerdekaan, artis budaya yang diketuai oleh En. Yuzimudin telah mendeklamasikan sajak berkenaan kekejaman Israel di bumi Gaza.

Apa yang diharapkan ialah kesan dari program kerjasama dalam penganjuran majlis ini akan menjadi tradisi dan diikuti oleh pelapis di masa akan datang.
Seterusnya >>

Khamis, 22 Mei 2014

Khamis, 15 Mei 2014

MESYUARAT PERSIDANGAN UMNO CAWANGAN RUMAH PANGSA SENAWANG BERJAYA DILAKSANAKAN

Tarikh             :           25hb. April,  2014
Masa               :           08.00 Malam
Tempat           :           DEWAN KRT @ TABIKA PERPADUAN,
RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2

Perasmian     :           YB. Dato’ Hj. Hasim bin Rusdi
(ADUN Labu, Ketua UMNO Bahagian Rasah)

Jumlah Ahli   :           146 orang
Kehadiran      :             67 orang


1.    Agenda 1 : Makluman Persidangan
1.1 Setiausaha Cawangan memulakan majlis dengan memohon hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku diikuti lagu UMNO. Seterusnya beliau mengetuai hadirin membaca ummu kitab yakni Al-fatehah bagi memberkati majlis.
1.2 Setiausaha menyerahkan kepada Pengerusi Tetap untuk memulakan persidangan cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 bagi kali ke 14.

2.    Agenda 2 : Membentangkan Kertas-kertas Persidangan
2.1 Pengerusi Tetap Cawangan, En. Shamsuddin Ishak mempengerusikan persidangan. Beliau memaklumkan jumlah kehadiran persidangan pada malam itu untuk makluman pemerhati dan semua yang hadir adalah 67 orang daripada jumlah keahlian berdaftar seramai 146. Jumlah ini telah melebihi syarat jumlah korum yang ditentukan. Beliau juga memaklumkan agenda bagi ucapan Ketua Cawangan sedikit berubah. ucapan Ketua Cawangan akan dibuat setelah kehadiran YB. Dato’ Hj. Hasim Rusdi selaku perasmi persidangan.
2.2 Beliau seterusnya meminta setiausaha dan bendahari cawangan membentangkan Peringatan Persidangan Kertas Bil.1, Kertas Bil. 2 dan Kertas Bil.3.
2.3 Setiausaha cawangan, En. Tajol Ariffin bin Hasan membentangkan kertas-kertas persidangan : -
2.3.1     Peringatan Persidangan (Kertas Bil.1) dari muka surat 3 hingga 7.
2.3.2     Penyata Tahunan (Kertas Bil. 2) dari muka surat 8 hingga 9.


2.4 Bendahari cawangan, En. Khairi bin Jahim membentangkan Laporan Kewangan :-
      2.4.1 Laporan Kewangan (Kertas Bil. 3) dari muka surat 10 hingga 11.

Makluman : Kertas Bil.1, Kertas Bil.2 dan Kertas Bil.3
Dicadang oleh
Sebulat suara
Disokong oleh
Keputusan






3.    Agenda 3 : Memilih Wakil Cawangan Ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian

3.1 Wakil berikut adalah terpilih secara automatik iaitu :-

3.1.1     Ketua Cawangan : En. Abdul Ghani bin Mansoor
3.1.2     Ketua Wanita Cawangan : Pn. Raja Diwi bte Sulong
3.1.3     Ketua Pemuda Cawangan : En. Mohd Azrai bin Mohd Awal

3.2 Pada kali ini kuota perwakilan bagi Umno Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 hanyalah 2 (dua) orang sahaja memandangkan keahlian cawangan tidak sampai 150 orang. 2 (dua) nama yang dicadangkan oleh Ketua Cawangan ialah :-

3.2.1  En. Yuzaimuddin bin Md. Yusof (Timb. Ketua Cawangan)
3.2.2  En. Izlan bin Tun (Ketua Penerangan)

3.3 Oleh kerana En. Abdul Ghani adalah AJK Bahagian, maka beliau dibenarkan melantik proksi bagi dirinya dan beliau telah menamakan setiausaha cawangan; En. Tajol Ariffin bin Hasan sebagai proksi beliau.
Makluman :
Dicadang oleh
Abdul Ghani bin Mansoor
Disokong oleh
Muhammad bin Abdullah
Keputusan
Sebulat suara
           





4.    Agenda 4 : Membentang dan Membahaskan Usul
4.1 Pn. Raja Diwi membangkitkan masalah tempat sampah yang sudah semakin uzur dikebanyakan bangunan. Rata-rata penutup sampah termasuk tong sampahnya telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi.
4.2 Pn. Salmah Ahmad mengusulkan agar penyelenggaraan lampu tangga dibuat secara berkala kerana terdapat banyak lampu tangga yang tidak berfungsi. Keadaan ini amat berbahaya terutama pada mereka yang pulang lewat malam kerana laluan tangga amat gelap.  
4.3 En. Abdul Ghani Mansoor mencadangkan bekas loji Indah Water yang telah dikambus digazetkan untuk kegunaan (prasarana) akan datang.
4.4 En. Abdul Ghani Mansoor mengusulkan kembali agar kemudahan gelanggang futsal disediakan sebagai lokasi rekreasi penghuni-penghuni Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 khususnya bagi golongan remaja. Beliau berharap usul ini turut dipanjangkan ke dalam mesyuarat AJK Bahagian oleh wakil pemerhati bahagian, En. Hamzah.
4.5 En. Yuzi yang juga Timb. Ketua Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 membahas berkenaan kebersihan kawasan sekitar Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 ini hanyalah kerana masalah atitud atau gaya pemikiran penduduk yang sering kali mengambil sikap mudah dan kurang rasa tanggungjawab terhadap menjaga kebersihan sekitar. Beliau mengambil contoh kebersihan kawasan sekitar blok G (yang dihuni oleh majoriti kaum China) yang sangat ketara. Penghuni di blok berkenaan mempunyai rasa tangggungjawab yang amat tinggi dalam memastikan kawasan sekitar tempat mereka bersih. En. Yuzi berharap agar penduduk di lain-lain blok dapat mencontohi sikap yang ada pada penghuni di blok G tersebut.  
4.6 Penduduk memohon agar dapat dilantik kontraktor khas untuk menyelengarakan segala utiliti yang terdapat di Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 seperti lampu tangga, lampu bangunan dan kebersihan sekitar.
4.7 En. Sumiring mengusulkan agar penyerahan geran kepada penghuni yang telah selesai membayar kepada SUK disegerakan. Beliau dimaklumkan ramai kalangan penghuni yang telah membuat bayaran penuh kepada bahagian UPKT SUK.

4.8 Ulasan Pemerhati Bahagian En. Hamzah : En. Hamzah mengucapkan tahniah kerana cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 telah berjaya mengadakan persidangan tahunannya. Cawangan dan kesemua sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri mencukupi korum. Beliau memaklumkan YB Dato’ Hj. Hasim datang lambat kerana YB Dato’ ada program di Labu Hilir. Mengulas beberapa usul yang dibangkitkan, beliau perasan yang Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 tiada mempunyai lokaliti untuk apa-apa kemudahan rekreasi. Justeru beliau menyarankan agar Ketua Cawangan memastikan terdapat ruang kosong untuk tujuan tersebut. Beliau berjanji akan membawakan usul tersebut dalam mesyuarat AJK Bahagian nanti. Beliau juga menyeru agar cawangan menambah daftar pengundi keahlian agar cawangan lebih kuat. Beliau juga mengingatkan ahli cawangan, memandangkan ketua cawangan adalah salah seorang daripada AJK Bahagian, maka ambilah kesempatan untuk merealisasikan apa-apa usul secara terus dalam mesyuarat AJK Bahagian nanti.     



5.    Agenda 5 : Ucapan Aluan Ketua Cawangan
5.1 En. Abdul Ghani Mansoor merakam ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas kehadiran ahli-ahli ke persidangan Umno Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 bagi kali yang ke 14. Beliau juga berterima kasih yang amat sangat kerana YB Dato’ Hj. Hasim Rusdi masih sudi meluangkan masa hadir bagi merasmikan persidangan meskipun YB Dato’ terbabit dengan satu program lain di Labu Hilir. Ucapan aluan dan terima kasih beliau juga kepada Ketua Pemuda Bahagian, En. Hasan Dato’ Ayob yang sempat hadir mengiringi YB Dato. Kepada barisan pemerhati bahagian yang diketuai oleh En. Hamzah. Seterusnya ucapan terima kasih Ketua Cawangan kepada barisan AJKnya yang bertungkus lumus memastikan persidangan dapat diadakan tanpa sebarang masalah besar.
5.2 Ketua Cawangan, En. Abdul Ghani Mansoor memulakan ucapan dengan serangkap pantun sebagai pembuka bicara.  

7
 
“Indah berbalam si awan petang
Berarak di celah pepohon ara
Pemanis kalam selamat datang
Awal ‘Bismillah’ pembuka bicara”

5.3 Beliau memaklumkan yang Umno Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2, sepanjang penubuhannya belum pernah gagal mengadakan persidangan tahunan.
5.4 Aktiviti besar yang telah diadakan pada tahun ini (2014) ialah mengadakan hari keluarga di Port Dickson selama 3 hari 2 malam. Aktiviti lain antaranya gotong royong dengan Combi. (Rujuk laporan aktiviti di kertas persidangan)
5.5 Dalam ucapannya yang menyentuh tentang kemudahan prasarana di Rumah Pangsa Senawang Fasa 2, En. Abdul Ghani berkata tiada apa-apa kemudahan permainan yang ada sepanjang 20 tahun beliau menetap di sini. Beliau amat berharap YB Dato’ dapat melihat perkara ini dan membawanya ke dalam mesyuarat exco Negeri.
5.6 Gelanggan futsal yang ada di taman perumahan berhampiran tidak lagi berupaya menampung keperluan orang ramai. Berkenaan futsal ini sebenarnya ia telah diusulkan ketika kedatangan Timbalan Perdana Menteri lagi yakni ketika YAB mengadakan lawatan khas ke Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dalam program Mesra Bersama Rakyat. Malah ia telah dipanjangkan ke Pejabat Daerah Seremban. Ketua Cawangan berharap kuota pembinaan futsal dilonggarkan agar kemudahan ini turut dirasai oleh penghuni Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. Kepadatan penduduk di Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 juga kini dalam jumlah 1000 ke 1200 orang.    
5.7 Dalam ucapan seterusnya En. Abdul Ghani memaklumkan akan memohon kepada Indah Water agar kawasan takungan yang telah dikambus milik Indah Water itu digazetkan untuk kegunaan prasarana penghuni Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 pada masa akan datang.
5.8 Kerana kebetulan Ketua Pemuda Bahagian hadir, beliau turut meminta agar dipercepatkan bantuan peralatan sepak takraw. Malah padang sementara yang dibuat juga perlu penambahbaikan kerana telah rosak. Kelewatan bantuan mendapatkan kemudahan sepak takraw ini sedikit sebanyak telah menjatuhkan reputasi beliau selaku Ketua Cawangan kerana ia telah berlarutan selama hampir 5 bulan. Sedangkan hanya itulah sahaja satu-satunya aktiviti sukan yang ada di Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 untuk aktiviti pemuda.
5.9 En. Abdul Ghani juga menyeru agar penghuni yang telah cukup umur supaya mendaftar di SPR untuk melayakan mereka mengundi.
5.10      En. Abdul Ghani mengakhiri ucapannya juga dengan serangkap pantun sebagai penutup.

“Pohon nyiur di tepi laut
Dimakan kumbang pucuknya layu
Kepada UMNO kita berpaut
UMNO tumbang hilanglah Melayu”

6.    Agenda 6 : Ucapan Khas Ketua Pemuda Bahagian
6.1 En. Hasan berterima kasih kerana beliau tidak menyangka diberi peluang juga oleh pengerusi majlis (dengan izin YB Dato’ Hj. Hasim) untuk menyampaikan sepatah dua kata.
6.2 Beliau turut mengalukan kedatangan YB Dato’ Hj. Hasim Rusdi selaku ADUN Labu merangkap Ketua Umno Bahagian Rasah. Tidak lupa ucapan aluan kepada wakil-wakil pemerhati bahagian, kepada cawangan dan sayap-sayapnya terutama kepada Pergerakan Pemuda dan Puteri seterusnya kepada hadirin sekalian.  
6.3 Beliau tidak berhasrat untuk berucap panjang kerana mahu memberi laluan kepada ucapan perasmian oleh YB Dato’. Beliau menyentuh tentang usul kemudahan peralatan sepak takraw yang tertangguh. Oleh kerana YB Dato’ Hj. Hasim selaku Ketua Bahagian ada dalam majlis, beliau menyerahkan usul tersebut terus kepada ketuanya itu.
6.4 Beliau menutup ucapannya dengan sekali lagi menyeru agar Pergerakan Pemuda selaku barisan pelapis terus memperkasakan diri untuk menghadapi PRU akan datang serta bersama-sama dengannya berjuang memartabatkan Umno.

7.    Agenda 7 : Ucapan Perasmian Ketua Bahagian
7.1 YB. Dato’ Hj. Hasim Rusdi mengucapkan salam dan melahirkan rasa kesyukuran kerana Umno Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 telah sekali lagi berjaya mengadakan persidangan tahunannya bagi kali yang ke 14.
7.2 Ucapan terima kasih YB Dato’ juga kepada wakil pemerhati bahagian yang diketuai oleh En. Hamzah kerana telah memberikan kerjasama dalam persidangan tersebut. Ucapan aluan YB Dato’ kepada Ketua Cawangan, Ketua Pemuda Bahagian serta seluruh AJK Cawangan dan hadirin yang dapat hadir pada malam tersebut.   
7.3 YB. Dato’ memaklumkan beliau bersama Ketua Pemuda Bahagian sebenarnya baru sahaja selesai hadir ke satu majlis ‘Jom ke Putrajaya’ di Labu Hilir anjuran pergerakan Pemuda Bahagian Rasah. Dalam slot majlis tersebut terdapat pengisian ‘Gema Rasul’ yang turut membabitkan beliau dan En. Hasan selaku Ketua Pemuda Bahagian. Disebabkan itu beliau agak lewat tiba ke mesyuarat persidangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. Justeru beliau meminta maaf atas kelewatan. Tetapi demi Umno Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2, beliau sedaya upaya menghadirkan diri juga pada malam itu biarpun lewat.
7.4 Signifikan dengan perjuangan Umno, perjuangan agama juga perlu kuat. Gabungan keduanya perlu kuat dan mantap agar segala dugaan dan ranjau dapat ditempuhi dalam perjuangan menegakan bangsa, agama dan negara. YB. Dato’ berkata, tidak kira ombak badai, petir dan kilat; Umno seharusnya berjuang terus.
7.5 Menyentuh tentang beberapa usul yang dibangkitkan dalam persidangan, YB. Dato’ mahu disenaraikan apa-apa keperluan dan tulis surat kepada pihak berkenaan dengan melaluinya. Beliau akan merujuk surat tersebut kepada pihak-pihak berkenaan (PBT, SUK dan Pej. MB) dengan menggunakan kapasitiya sebagai ADUN, Ketua Bahagian dan exco Negeri.    
7.6 YB. Dato’ juga menyarankan dihantar satu surat kepada pejabat MB mohon pemberian geran kepada penghuni yang telah selesai membuat bayaran kepada UPKT-SUK agar dapat diadakan satu majlis khas penyampaian geran tersebut secara berkelompok oleh YAB Menteri Besar sendiri.
7.7 Berkenaan futsal, YB. Dato’ akan merujuk terus kepada YDP MPS, Dato’ Halim. Beliau meminta cawangan membuat surat permohonan.
7.8 Berkenaan tanah Indah Water, YB. Dato’ mohon dibuat surat susulan kepada pejabat MB mohon tanah tersebut digazetkan kepada Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 untuk kegunaan akan datang.
7.9 Berkenaan isu berbangkit – KRT. YB. Dato’ berkata kesilapan ketara ialah kerana mesyuarat agung telah dibuat. Sepatutnya tiada apa-apa mesyuarat dibuat kerana lantikan AJK KRT adalah di bawah arahan kerajaan Negeri yakni akan ditentukan oleh MB sendiri melalui cadangan Ketua Bahagian.
7.10      Bagaimanapun YB. Dato’ berkata beliau tetap memberikan sokongan kepada perjuangan Umno cawangan untuk memastikan KRT berada di bawah pentadbiran Umno Cawangan. YB. Dato’ memaklumkan di Negeri Sembilan terdapat 4 kes yang sama.
7.11      YB. Dato’ berkata inipun dinamakan perjuangan. Justeru beliau menasihatkan jangan cepat putus asa dan berdoa serta berharap apa sahaja keputusan berpihak kepada Umno Cawangan.
7.12      Seterusnya YB. Dato’ menutup ucapannya dengan merasmikan persidangan pada malam itu dengan lafaz ‘Bismillah hir Rahman nir Rahim’

8.    Agenda 8 : Penangguhan Persidangan

8.1 Pengerusi Tetap menangguhkan persidangan pada jam 10.20 malam. Persidangan bersurai dan hadirin dijemput menjamu selera.




    Laporan disediakan oleh :                                                       Disahkan oleh :



   ............................................                                             ............................................
       (Tajol Ariffin b. Hasan)                                                  (Abdul Ghani b. Mansoor)

       Setiausaha Cawangan                                                        Ketua Cawangan
Seterusnya >>

Ahad, 20 April 2014

MESYUARAT PERSIDANGAN CAWANGAN KALI KE 14 : UMNO CAWANGAN RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2

UMNO CAWANGAN RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2 akan mengadakan mesyuarat persidangan kali ke 14-nya pada 25hb April, 2013 ini jam 8:00 malam. Mesyuarat tersebut dijangka akan dirasmikan oleh YB Dato' Hj. Hasim Rusdi, Ketua UMNO Bahagian Rasah.

Semua ahli-ahli Umno Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dijemput hadir. 
Seterusnya >>

Selasa, 5 November 2013

BN TEWAS DI SG. LIMAU TETAPI MAJORITI MENINGKAT

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau semalam menunjukkan peningkatan sokongan yang membanggakan terhadap Barisan Nasional (BN) khususnya dalam kalangan pengundi Cina.

Menurut Perdana Menteri, keputusan PRK DUN Kuala Besut sebelum ini yang turut menyaksikan majoriti kemenangan bertambah dan penyusutan majoriti kekalahan dalam PRK DUN Sungai Limau, menunjukkan trend sokongan yang boleh dikatakan membanggakan.

Katanya, keadaan itu juga sejajar dengan keputusan dua peti undi yang mempunyai bilangan pengundi kaum Cina lebih ramai berbanding peti undi lain yang turut memihak kepada calon BN.

"Kita tahu kawasan Sungai Limau adalah kubu kuat Pas sebab sudah lima kali pilihan raya umum kita tidak menang, namun PRK kali ini kita berjaya menembusi 10 pusat daerah mengundi (PDM) berbanding Pas sembilan buah.

"Kalau dahulu majoriti kita kalah di tempat itu ialah 2,774 dan kini berkurangan kepada 1,084 undi, ini menunjukkan ada trend sokongan ke arah BN," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di sini hari ini.

Keputusan PRK semalam menyaksikan Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan majoriti 1,084 undi, apabila calonnya Mohd. Azam Abd. Samat memperoleh 12,069 undi berbanding calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang mendapat 10,985 undi.

Najib berkata, beliau percaya dengan kemenangan Pas itu, parti pembangkang pasti tidak akan menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seperti yang sering mereka lakukan apabila tewas dalam pilihan raya.

"Ini menunjukkan demokrasi di Malaysia segar dan telus serta perjalanan serta keputusan PRK ini tidak boleh dipertikaikan," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, satu kajian mendalam mengenai PRK Sungai Limau itu akan dilakukan bagi mengenal pasti kelemahan dan kelebihan BN sepanjang PRK itu dijalankan.

"Ini termasuklah sokongan kaum Cina, kepemimpinan Datuk Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar dan faktor-faktor lain," katanya.

Sementara itu, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga Ahli Parlimen Jerai yakin jika jumlah pengundi keluar mengundi sama seperti Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu iaitu 89.3 peratus, BN berpotensi untuk menang.

"Kali ini peratusan yang keluar mengundi adalah 85.2 peratus, saya lihat kalau sampai ke tahap seperti sebelum ini, peluang BN untuk menang ada tetapi kita tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana pengundi mempunyai hak mereka sendiri," katanya.



Kredit kepada  Utusan Melayu (M) Bhd 
Seterusnya >>